Sunday, May 25, 2014

Susahnyaa nak dapat kerja ...

Masa sekarang ni memang susah betul nak dapat kerja . Tambah lagi aku ni . Kelulusan diploma kejururawatan tahun 2012 tapi sampai sekarang aku x berpeluang kerja lagi . Keputusan temuduga kerajaan tahun lepas pun gagal . Entah la . Xda rezeki lah tu .

Salah satu sebab nya aku susah nak dapat kerja sebab aku ni BMI obese . Welll faham lah kan . Mesti orang nak amik pekerja nya yakni nurse yg comel comel kurussss saje . Gila kecik hati aku . 2tahun aku berlalu macm tu ja . Kat perlis ni pulak . Merata aku mintak kerja . Tambahan pulak aku ni baru kahwin , x mengandung lagi . Jadinya bila p interview dan bagitau macam tu , trus ja depa cakap kami susah sikit adik nak terima pekerja yg baru kahwin ni , bukan apa nanti kalau mengandung xboleh buat kerja pulak , nanti nak cuti bersalin , kami susah pulak nak cari pekerja part time . Gila kau !! Sentap hati aku ! Ada ka mcm tu dalam akta pekerja ??? Geram gilaaak .

Last last aku duk rumah jadi surirumah berjaya ja . Sambil tu aku buat la bisnes kek kecil kecil . Mcm cupcake tu haa . Letak kat kedai mak aku jaa . Ada jugak la duit sampingan tu walaupun xbanyak mana .

Aku ni sekarang sampai terfikir . Plan terakhir kalau aku xda kerja jugak sampai tengh tahun ni , aku nak mintak kej kilang ja . Yg laki aku ni mulut dia dah duk ajk aku hijah balik kelantan dah . Alaaa bukan aku xmau . Tapi , yelahh iolss xbesa lagi nak duk gan mertuaa .. Hihihi .

Aku pun ada pujuk gak laki aku nak p penang . Yela kat sana peluang kerja banyak sikit la ek .. Tapi entah lahh . Selagi kami mampu nak bayar sewa rumah , hutang apa nya lagi . Selagi tu boleh lah . Insha allah .

posted from Bloggeroid

Saturday, May 24, 2014

Assalamualaikum alam perkahwinan .

Wah tajuk tak boleh bla betul . Haha . Last post tahun lepas ? Gila kau . Tahun lepas memamg hard to say la bagi aku . But ! Tahun ni .. Soo mucchhh different in me ! Hehe .

Aku dah jadi isteri orang yakni hakmilik hazwan ramli*abe* pada 010214 @ 1130am . Jatuh raya cina uolls .

Perasaan tu memang sebak gila lah . Yela dah lama kot kami sama . Susah payah . Dan alhamdullilah allah permudahkan perjalanan hidup kami .

So now . Bila kita dah kahwin ni , alam percintaan dulu dulu dgn yg dah halal sekarang memang jauh beza lah . Contoh . Dulu kau bedal je apa aku masak kan ? Lani .. Haa amik . Abg xmau nasi panas . Nak nasi sejuk . Masak kat abg apa pun takpa tapi janji sedap . Haha . Bab makan memang lah ciksomi ni tak cerewet tapiiii ha dia cerewet sungguh tang rasa masam manis dia tu . Biasa lah . Orang pure kelate kan .... Nak jadi isteri solehah katakan , kita layan jee ...
Over all . Perkahwinan memang indah kalau pasangan tu pandai nak kontrol ke mana arah perjalanan . Ofkos la semua nak ke jannah sama kan ? Tapi di jannah nati kita dengan dia ke ? Wallahualam .

Aku taktau nak bebel apa . Act qku try guna bloggeroid yg baru install ni . Haha . Jakunn skettt ....
Takpa lah . Nak test tu sajooo ...
Assalamualaikum .


posted from Bloggeroid

Thursday, July 04, 2013

Niat LI LLAHI TA'ALA

Assalamualaikum .

aku tak tau macam mana nak mulakan .
but , aku selalu fikir , macam mana perasaan sesetengah orang yang di katakan terima petunjuk , hidayah dari ALLAH ?
kebanyakannya dari mimpi , 
aku ??
aku tak tau samada ini tanda tanda nya atau tak , tapi 
if bila aku duduk sorang sorang ,
akan ada macam bayangan depan mata ,
ular yang besar tengah mencuba nak terkam , api yang menjulang tinggi , batu batu api yang panas .

ya . aku akui aku bukan seorang ISLAM yang sempurna di mata ALLAH .
kehidupan aku , banyak compang campingnya berbanding litupan yang kemas cantik .
tambahan lagi , tak lama lagi dah nak mula hidup berdua . lepas tu in sha ALLAH mungkin ber tiga ? 
jikalau acuannya sudah lompang , bagaimana kuih nya pulak yang akan ter bentuk ?


aku rasa dah mula tiba masa untuk aku berubah , istiqamah niat lillahi ta'ala . mula dengan solat taubat , berusaha dekat kan diri dengan DIA .ya , banyak dah aku cari tentang solat taubat , ciri ciri nya .

mungkin , langkah pertama aku , pakaian .
labuh kan yang mana ada . had kan cuma untuk mahram sahaja .
langkah kedua , solat 5 waktu .
aku akan cuba lengkap kan 5 waktu lillahi ta'ala . sedaya upaya tidak akan melengah kan panggilan NYA . 
“dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah(beri hormat) kepada nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.” (Al Baqarah 2:ayat 34)

langkah seterusnya ------ mungkin perlahan lahan akan berlaku

“katakanlah(wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al zumar:39)
Rasulullah saw juga bersabda: “Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya”
“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah 2:216)
 .




Friday, June 28, 2013

JUST A FINE MEMORABLE PICTURES

OKAY . 
gambar my left hand .
complicated with compartment syndrome .
operation fasciotomy . emergency pulak tu . 
dah la masa kejadian kemalangan ni jadi , aku dengan tunang*masa ni xtunang lagik*
baru lepas makan kaw kaw cendol pulut dengan nasi ayam . hihi .
sebab tu bila sedar jek dari operation , ada ryles tube dekat hidung aku . mungkin doctor suruh nurse aspirate stomach contain aku kot .

but , alhamdulillah . my hand now in good and functioning well. just , argh ada lar complication lagik . lain kali aku cerita .

dugong terdampar youuu ...

just simple and nice .

sayang nak potong kek ni !tapi dah jadik t*** dah . heee

hah ! 3 ni , gambar pertunangan aku , kau ada ? orang lain tunang , cun cun , pelamin semua ada . tapi aku relax jerr siap pakai arm sling lagik . wuhuhuhu . yg kecik2 tu lah bakal mak mertua aku .*hai mak !* hihi ..
tapi kat sini xde pic aku gan my zauj to be . sebab dia tunggu dalam kereta . mak ayah xkasi turun . padahal , hari hari kitorang jumpa . oh ! kami dua ni , tak boleh renggang , i means duk jauh jauh . bila aku balik perlis , see zauj pun ikut gak . really love him .*kekalkan lah kasihsayang ni allah *

me gusta !! pic terbaru lah ni . ye lah kot ? sebab my zauj xsuka bergambar sangat . aku je tergedik lebih . tsk tsk tsk .

err ... ter over edit lah pulak !! haha


# okay . ini aja lah . dalam 2 entry ni aku kongsi yang mana event penting je dalam hidup aku . tak tau bila pulak aku nak meng on9 nih . fb rajin lah aku on9 . belog ni dok tau lah . 
oh , mungkin lepas aku operation bulan puasa nanti pulak !
bye assalamualaikum wbt ,

Thursday, June 27, 2013

allahuakbarr ...

Assalamualaikum wbt .
Allahuakbarr .. nampak sgt aku tak penah bukak belog sendiri . Asik duk ngadap belog orang lain jek . hehe
 Makna kata 1july akan datang ni , ni lah entry pertama untuk setahun ni ek ? 
haha . walaupun takda sesapa baca , aku tetap nak membebel aku sesorang . wuwuwu


ermmm .. nak cerita apa ek ? actually banyak sangat kejadian yang jadi dekat aku seepanjang setahun nih , convocation , part timer kerja , accident and last but not least , I'm someone FIAnCE !! hehe

taken or booked by my beloved fiancee muhammad hazwan ramli on 24march2013 .
a great day but also a very sad day to moment .
sebab on 23march , sehari sebelum tu , aku punya nenek sebelah mak aku meninggal . mild stroke . after a few days aku dicharge dari hospital ..

MARCH 2013 adalah bulan yang aku tak kan lupakan dalam hidup aku . y ? na , here the answer

 10/3/13 - arwah tok admit wad
11/3/13- sempat jaga tok semalam
12/3/13 - accident + admit ward . tok discharge .
21/3/13 - discharge 
23/3/13 - tok mninggal @ 3.30pm
24/3/13 - bertunang
# will never forget all this date and incident . :')

# entry leps ni , aku share gambar yang memorable untuk aku . wait ya !!

Sunday, July 01, 2012

Jururawat Terlatih U29

Assalamualaikum .

SNU29 . finally its in my hand now . ! heeyaahh !

lepas penat menelaah selama 3tahun , lastly , ini lah hadiah yang paling berharga sekali . cuma sekarang sibok sibok nak cari kerja je . but now , just want to stay at home , and treat my beloved grandma .
membalas jasa gitu kan ??
hehe .

apa pun , GOOD LUCK TO ME !

Sunday, March 04, 2012

DEAR GOD - AVENGED SEVENFOLD

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find
While I recall all the words you spoke to me
Can’t help but wish that I was there
Back where I’d love to be, oh yeah


Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I’m not around,
when I’m much too far away

We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I’d stayed
’Cause I’m lonely and I’m tired
I’m missing you again oh no
Once again

There’s nothing here for me on this barren road
There’s no one here while the city sleeps
and all the shops are closed
Can’t help but think of the times I’ve had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
to hold her when I’m not around,
when I’m much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I’d stayed
’Cause I’m lonely and I’m tired
I’m missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade…
A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose hard to find