Thursday, July 04, 2013

Niat LI LLAHI TA'ALA

Assalamualaikum .

aku tak tau macam mana nak mulakan .
but , aku selalu fikir , macam mana perasaan sesetengah orang yang di katakan terima petunjuk , hidayah dari ALLAH ?
kebanyakannya dari mimpi , 
aku ??
aku tak tau samada ini tanda tanda nya atau tak , tapi 
if bila aku duduk sorang sorang ,
akan ada macam bayangan depan mata ,
ular yang besar tengah mencuba nak terkam , api yang menjulang tinggi , batu batu api yang panas .

ya . aku akui aku bukan seorang ISLAM yang sempurna di mata ALLAH .
kehidupan aku , banyak compang campingnya berbanding litupan yang kemas cantik .
tambahan lagi , tak lama lagi dah nak mula hidup berdua . lepas tu in sha ALLAH mungkin ber tiga ? 
jikalau acuannya sudah lompang , bagaimana kuih nya pulak yang akan ter bentuk ?


aku rasa dah mula tiba masa untuk aku berubah , istiqamah niat lillahi ta'ala . mula dengan solat taubat , berusaha dekat kan diri dengan DIA .ya , banyak dah aku cari tentang solat taubat , ciri ciri nya .

mungkin , langkah pertama aku , pakaian .
labuh kan yang mana ada . had kan cuma untuk mahram sahaja .
langkah kedua , solat 5 waktu .
aku akan cuba lengkap kan 5 waktu lillahi ta'ala . sedaya upaya tidak akan melengah kan panggilan NYA . 
“dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah(beri hormat) kepada nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.” (Al Baqarah 2:ayat 34)

langkah seterusnya ------ mungkin perlahan lahan akan berlaku

“katakanlah(wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani” (Al zumar:39)
Rasulullah saw juga bersabda: “Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya”
“dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah),Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahui.” (Al Baqarah 2:216)
 .